Monday, December 28, 2009
Monday, November 16, 2009
KURSUS GURULATIH - PEMANTAPAN PELAJARAN
KURSUS GURULATIH - Pemantapan Pelajaran
TARIKH : 3 hingga 6 Disember 2009
TEMPAT : Kompleks Belia Dan Sukan Ayer Keroh, MELAKA
BAYARAN : RM100.OO/SEORANG (termasuk makan minum dan penginapan)
MAJLIS PENYAMPAIAN SANDANG
TARIKH : 5 Disember 2009 / 8.30 mlm
TEMPAT : Kompleks Belia Dan Sukan Ayer Keroh, MELAKA
BAYARAN : RM120.OO/SEORANG (termasuk makan minum dan penginapan)
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT :
ANJURAN PSSGM MELAKA.
SEKIAN, HARAP MAKLUM.
Monday, July 20, 2009
Thursday, July 9, 2009
Sunday, June 21, 2009
Karnival Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri Johor 09

Karnival Wajadiri Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri Johor pada 20hb Jun 2009 di padang Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Darul Takzim.
Penutup di KOMBES pada 21hb Jun 2009.
Terima kasih kami dari Pengerusi dan Ahlijawatankuasa PSSGM Daerah Johor Bahru kepada semua yang menjayakan program tersebut.
Semua maklumbalas boleh disalurkan ke Pejabat Urusan Gayong Kuala Lumpur atau e-mel : syafiq_gayongjohor@yahoo.com.
Terima kasih daripada Pengerusi dan Ahlijawatankuasa PSSGM Daerah Johor kepada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Pengarah IPGM dan semua jurulatih / ahli yang menjayakan program tersebut.
Friday, May 1, 2009
PSSGM Daerah Johor Bahru
Kompleks Penghulu Mukim Plentong
Al - Ansar Permas Jaya
Al - Munauwarah Kota Masai
Seri Alam Masai
SKTR 3 Masai
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim
Al - Ansar Permas Jaya
Al - Munauwarah Kota Masai
Seri Alam Masai
SKTR 3 Masai
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim
Sunday, April 19, 2009
Friday, April 17, 2009
Monday, April 13, 2009
Seni Silat adalah satu seni yang terhasil daripada budi dan budaya bangsa yang bertujuan untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan bersama. Ia adalah kebudayaan dan peradaban bangsa Melayu yang harus diwarisi oleh generasi sekarang sebagai media pendidikan dalam membentuk keperibadian, disiplin, mental dan fizikal supaya mampu melaksanakan tindakan yang berfaedah dalam rangka menjamin keselamatan diri sendiri dan kerajaan.
Seni Silat pada suatu ketika dahulu adalah lambang kemegahan pendekar pendekar hulubalang raja, panglima dan pucuk pimpinan Melayu lama. Kini ia semakin pupus kerana kecenderungan anak anak muda terhadap seni mempertahankan diri semakin pudar. Ia mungkin disebabkan tiada kesedaran dan kurang galakkan dari ibubapa yang terpengaruh dengan budaya hidup zaman moden ini.
Para sarjana dan pengkaji berpendapat bahawa seni silat wujud dan diwarisi sejak zaman berzaman lagi. Kini silat tergolong sebagai satu seni mempertahankan diri yang bertaraf dunia dan disegani yang berasal dari timur. Sememangnya ia adalah leluhur bangsa rumpun Melayu, sama seperti kita mengenali negara Jepun yang terkenal dengan Seni Karate, Korea dengan Seni Tae Kwan Do sementara Negeri Cina dengan Seni Kung Fu nya.
Dalam perubahan, pembaharuan arus kemajuan zaman sains sekarang, silat memang tidak lagi menjadi unsur mempertahankan negara. Kini kita berada dalam zaman teknologi canggih yang menuntut kita melaksanakan peranan dan tugas dalam cara yang berbeza. Sungguh pun sifat sesuatu budaya itu adalah dinamis dan berubah mengikut perubahan dan kemajuan masyarakat nya tidak bermakna segala warisannya terus pupus tanpa dipelihara. Ertinya dalam senario peradaban Melayu kemajuan seni silat terletak hanya di tangan orang Melayu sendiri sebagai pewaris yang sah demi memelihara maruah dan warisan bangsa.
Terima Kasih kami kepada
Tn. Hj. Mohd Anuar Bin Hj. Abdul Hamid, PJK.

Subscribe to:
Posts (Atom)